Program Maxis eKelas 2018
20 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Maxis eKelas 2018 telah mula dijalankan pada 19 Januari 2018 untuk sesi 2018 yang menawarkan kelas tambahan secara percuma kepada komuniti tempatan bagi Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
Kelas yang berlangsung di bilik latihan PI PPR Kg Muhibbah bermula pada pukul 3 petang sehingga 6 petang. Subjek yang dipelajari pada hari ini adalah Bahasa Inggeris. Para pelajar bukan sahaja belajar secara digital bersama guru malahan telah diberikan tugasan mengikut kumpulan untuk menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi bersama pelajar yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: